- Back to Home »
- Sharifah Sakinah mohon maaf muat naik video berunsur lucah
Posted by : AOV
Thursday, 16 May 2013
15 Mei – Pelakon baru Sharifah Sakinah yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini selepas memuat naik video berunsur lucah di laman video sosial Keek memohon maaf atas perbuatannya itu dan tidak menyangka niat untuk bergurau akhirnya memakan diri sendiri.
Dipetik dari Berita Harian, Sharifah Sakinah turut tidak menyangka niat untuk bergurau akhirnya telah memakan diri sendiri selepas dikritik peminat.
"Rakaman video itu sekadar mengusik. Saya tak sangka ia jadi besar begini. Di mata saya dan beberapa pelakon yang bersama ketika rakaman dibuat tidak menganggap ia isu besar. Lalu saya tak berfikir banyak kali ketika memuat naik rakaman itu.
"Saya mengaku silap menyebut tentang pakaian dalam. Saya fikir semua hal membabitkan agama, politik atau yang berkaitan dengan kehormatan diri amat sensitif. Saya dengan rendah diri memohon maaf atas kesilapan ini," jelas adik kepada pelakon dan pengacara Sharifah Shahirah ini.
Post a Comment